Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Ahad, 2 Januari 2011

Pendaftaran Tingkatan 1, 2011

Tarikh: 02.01.2011



Hari ini dilangsungkan pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2011. Majlis pendaftaran diadakan di Dewan Al-Falah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasman Karim dan kemudian diikuti dengan taklimat ddir pihak sekolah yang disampaikan oleh Tn Hj Mohd Rozi Mat Sani GPK Pentadbiran. Pendaftran bermula pada jam 9.00 pagi.





Rabu, 29 September 2010

Majlis Hari Raya Pendidikan Khas

Pendidikan Khas telah mengadakan majlis hari raya pada 28.09.2010. Majlis diadakan di bangunan Pendidikan Khas dan dihadiri oleh guru-guru dan jemputan khas.

Khamis, 23 September 2010

Program Solat Hajat Perdana dan Majlis Restu Ilmu

Program Solat Hajat Perdana dan Majlis Restu Ilmu akan diadakan pada 30 September 2010 bertempat di Dewan Al Falah SMK Jengka Pusat. Ibu Bapa pelajar yang menduduki peperiksaan tahun ini dijemput hadir. Tetamu jemputan adalah YB Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato Hj. Ismail bin Mohd Said.

Majlis bermula seawal jam 7.00 malam. Tentatif program adalah seperti berikut

6.45 - 7.00 mlm   - Kehadiran Penjaga/ Jemputan
7.20 mlm             - Solat Maghrib
7.35 mlm             - Tazkirah YB Ahli Parlimen Kuala Krau
8.40 mlm             - Solat Isyak
                           - Solat Hajat
                           - Ucapan wakil pelajar
                           - Ucapan wakil penjaga
                           - Ucapan wakil Guru
                           - Penyampaian Anugerah Berbintang Pengetua
                           - Majlis Penyampaian cenderamata
                           - Majlis bersalaman
                           - Jamuan

Isnin, 20 September 2010

Periksa lagi ....




Para pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 Atas hari ini mula menduduki Peperiksaan Percubaan SPM dan STPM. Warga sekolah dan PSS mengucapkan selamat menjawap soalan dengan hati yang tenang. Semoga anda semua beroleh keputusan yang cemerlang.

Selasa, 3 Ogos 2010

Kempori 30 tahun SMKJP


Kempori 30 tahun SMK Jengka Pusat telah diadakan seperti yang dijadualkan. Kempori yang diadakan sempena menyambut ulang tahun ke 30 penubuhan pergerakan pengakap di SMK  Jengka Pusat. Kempori ini turut disetai oleh pasukan dari SK Ulu Jempol dan SMK Jengka Pusat 2 dengan kekuatan seramai 150 orang.

Disamping itu perjumpaan alumni pengakap SMK  Jengka Pusat turut diadakan dan mendapat sambutan.

Kempori ini mendapat kerjasama dari Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka yang turut menyampaikan sijil pelantikan dan penghargaan kepada mereka yang tela berjasa kepada pergerakan pengakap di Jengka. Berikut adalah urutan perjalanan kempori.

Khamis, 1 Julai 2010

Majlis Runding Cara

Majlis Runding Cara pelajar SMKJP akan diadakan pada 2 Julai 2010. Program ini akan diadakan di Dewan Al Falah bermula jam 8.20 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Disamping itu pameran pendidikan juga diadakan.

Aturcara Majlis adalaj seperti berikut

7.40 - 8.00   Taklimat program oleh penyelaras program
8.20 - 11.50  Majlis rundingcara dijalankan