Gambar diatas adalah sejenis alat muzik yang dimainkan oleh pemuzik pemuzik pada satu zaman dahulu.
Maklumat lanjut mengenai alat ini boleh dilihat di
sini, Pada masa ini alat tetuang ini, tidaklah begitu penting dalam sesebuah kumpulan muzik atau orkestra. Ianya mungkin digunakan untuk sesuatu tujuan yang lain seperti gimik perasmian, untuk majlis pelancaran dan sebagainya.
Untuk meniup alat tetuang ini
payah jugak. Ia bukanlah mudah ditiup seperti seksefon yang dimainkan oleh kassim selamat dalam cerita ibu mertua ku. Silap gaya ia tak berbunyi, dan mungkin keluar bersembur air lior dihujung corong depannya. Tempias kepada orang sebelah. Dua tiga orang
rodong koi seperti Haris, Jo dan Fazlizan
serenda nak meniupnya. Orang yang mempunyai nafas yang panjang sahaja boleh meniupnya dengan molek. Biasanya orang yang perut buncit. Itu pun kena banyak buat latihan. Kalau nak jadikan ia sebagai bermelodi lagi lah
payahnya.
Mengikut maklumat, alat ini dibuat dari tanduk kerbau. Untuk membuatnya bukanlah susah sangat. Cari je tanduk kerbau yang panjang agak- agak
seseta ( hasta) . Tanduk kerbau boleh di dapati dari merata rata rumah sembelih kerbau dan lembu atau mana mana kerbau yang disembelih untuk Korban di Hari Raya Korban pada 27 dan 28 November ini. Cuci
molek molek, sebaik baiknya basuh dengan klorok, supaya hilang baunya. Kendian
pancas di bahagian hujung yang tajam supaya nampak lubangnya. Pada bahagian lubang inilah tempat untuk di tiup. Kita tak perlu buat
lidah dan lubang lubang macam seruling. Kalau rajin bubuhlah tali renda ikat langsir ( seperti gambar) supaya nampak
lawar sikit.
sumber: http://
orangpahang.blogspot.com/2009/11/tetuang.html