Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Khamis, 1 Julai 2010

Majlis Runding Cara

Majlis Runding Cara pelajar SMKJP akan diadakan pada 2 Julai 2010. Program ini akan diadakan di Dewan Al Falah bermula jam 8.20 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Disamping itu pameran pendidikan juga diadakan.

Aturcara Majlis adalaj seperti berikut

7.40 - 8.00   Taklimat program oleh penyelaras program
8.20 - 11.50  Majlis rundingcara dijalankan

Bacaan Senyap

Program mingguan Bacaan senyap hari diadakan seperti biasa di Dataran Ilmu. Program yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar membaca ini mengambil masa 10 minit. Tajuk hari ini ialah Tip Sihat Cara Rasulullah. Intisarinya adalah seperti berikut

 1. Bangun sebelum Subuh

  • laksana solat tahajud dan subuh
  • nikmati kesegaran udara subuh - boleh rawat penyakit tibi
2. Tidak makan berlebihan
  • makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang
  • makan berlebihan punca segala penyakit
3. Menjaga kebersihan
  • cuci rambut, potong kuku pada hari Khamis atau Jumaat
  • pakai haruman / minyak wangi
4. Berjalan kaki / bersenam
  • senaman paling mudah untuk mengeluarkan peluh
  • melancarkan perjalanan darah
  • mencegah penyakit jantung
5. Tidak pemarah
  • marah sifat yang dibenci Allah - boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.
  • kesihatan dan kekuatan Muslim bukan terletak pada jasad, tetapi pada kesihatan jiwa
  • terapi mengawal perasaan marah
    • ubah posisi ketika marah - kalau berdiri endaklah duduk, kalau duduk hendaklah baring
    • amalkan bacaan "aku berlindung kepada Allah SWT dari syaitan yang direjam"
    • tidak meninggalkan solat
6. Sifat pemaaf
  • sangat dituntut untuk mendapat ketenangan hati
  • memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita dari belenggu rasa kemarahan.