Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Khamis, 1 Julai 2010

Bacaan Senyap

Program mingguan Bacaan senyap hari diadakan seperti biasa di Dataran Ilmu. Program yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar membaca ini mengambil masa 10 minit. Tajuk hari ini ialah Tip Sihat Cara Rasulullah. Intisarinya adalah seperti berikut

 1. Bangun sebelum Subuh

  • laksana solat tahajud dan subuh
  • nikmati kesegaran udara subuh - boleh rawat penyakit tibi
2. Tidak makan berlebihan
  • makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang
  • makan berlebihan punca segala penyakit
3. Menjaga kebersihan
  • cuci rambut, potong kuku pada hari Khamis atau Jumaat
  • pakai haruman / minyak wangi
4. Berjalan kaki / bersenam
  • senaman paling mudah untuk mengeluarkan peluh
  • melancarkan perjalanan darah
  • mencegah penyakit jantung
5. Tidak pemarah
  • marah sifat yang dibenci Allah - boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.
  • kesihatan dan kekuatan Muslim bukan terletak pada jasad, tetapi pada kesihatan jiwa
  • terapi mengawal perasaan marah
    • ubah posisi ketika marah - kalau berdiri endaklah duduk, kalau duduk hendaklah baring
    • amalkan bacaan "aku berlindung kepada Allah SWT dari syaitan yang direjam"
    • tidak meninggalkan solat
6. Sifat pemaaf
  • sangat dituntut untuk mendapat ketenangan hati
  • memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita dari belenggu rasa kemarahan.

Jumaat, 21 Mei 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun

 (gambar google)

Musim periksa telah tiba. Bermula 20.05.2010 para pelajar tingkatan 4 dan 5 telah mula menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Kemudian diikuti oleh pelajar tingkatan 6, bermula pada 24.05.2010 dan tingkatan 1,2 dan 3 bermla pada 31.05.2010. Peperiksaan akan tamat pada 04.06.2010.

Warga sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar. Jawablah dengan penuh yakin dan semoga anda sekelian mendapat keputusan yang memberangsangkan.

Sabtu, 8 Mei 2010

Tetuang

Gambar diatas adalah sejenis alat muzik yang dimainkan oleh pemuzik pemuzik pada satu zaman dahulu.

Maklumat lanjut mengenai alat ini boleh dilihat di sini, Pada masa ini alat tetuang ini, tidaklah begitu penting dalam sesebuah kumpulan muzik atau orkestra. Ianya mungkin digunakan untuk sesuatu tujuan yang lain seperti gimik perasmian, untuk majlis pelancaran dan sebagainya.

Untuk meniup alat tetuang ini payah jugak. Ia bukanlah mudah ditiup seperti seksefon yang dimainkan oleh kassim selamat dalam cerita ibu mertua ku. Silap gaya ia tak berbunyi, dan mungkin keluar bersembur air lior dihujung corong depannya. Tempias kepada orang sebelah. Dua tiga orang rodong koi seperti Haris, Jo dan Fazlizan serenda nak meniupnya. Orang yang mempunyai nafas yang panjang sahaja boleh meniupnya dengan molek. Biasanya orang yang perut buncit. Itu pun kena banyak buat latihan. Kalau nak jadikan ia sebagai bermelodi lagi lah payahnya.

Mengikut maklumat, alat ini dibuat dari tanduk kerbau. Untuk membuatnya bukanlah susah sangat. Cari je tanduk kerbau yang panjang agak- agak seseta ( hasta) . Tanduk kerbau boleh di dapati dari merata rata rumah sembelih kerbau dan lembu atau mana mana kerbau yang disembelih untuk Korban di Hari Raya Korban pada 27 dan 28 November ini. Cuci molek molek, sebaik baiknya basuh dengan klorok, supaya hilang baunya. Kendian pancas di bahagian hujung yang tajam supaya nampak lubangnya. Pada bahagian lubang inilah tempat untuk di tiup. Kita tak perlu buat lidah dan lubang lubang macam seruling. Kalau rajin bubuhlah tali renda ikat langsir ( seperti gambar) supaya nampak lawar sikit.

sumber: http://orangpahang.blogspot.com/2009/11/tetuang.html

Selasa, 4 Mei 2010

Seminar Menjawab PMR





Seminar menjawab PMR sedang diadakan di PSS untuk calon-calon PMR 2010. Seminar ini berlangsung selama 3 hari bermula hari Isnin (2.5.2010) hingga hari Rabu (5.5.2010). Dalam seminar ini para pelajar didedahkan dengan kaedah menjawap soalan objektif dan juga subjektif meliputi semua mata pelajaran PMR. Berikut adalah beberapa rakaman foto seminar tersebut. 


Buku Baru di PSS

PSS telah menambah koleksi bukunya. Imej dibawah adalah sebahagian darinya.

Khamis, 22 April 2010

PSS dapat komputer

PSS telah mendapat bekalan komputer sebanyak 4 buah. Terima kasih kepada pihak pengurusan kerana telah menyumbangkan komputer tersebut kepada PSS.

Menurut En Zazali, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) komputer ini telah ditempatkan diruang Galeri dan akan digunakan sebagai Pusat Akses Maklumat. Komputer ini akan dirangkaikan ke talian internet bagi membolehkan para pengguna mengakses maklumat di internet.

Pihak Pengurusan PSS berharap dengan adanya komputer ini, penggunaan PSS akan dapat dimaksimumkan penggunaanya.