Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Ahad, 31 Januari 2010

EDUWEBTV




EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua. EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar, luar bandar, pedalaman dan juga hilir bandar.

Definisi
EDUWEBTV merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Visi
Untuk menjadi Portal Pendidikan berasaskan Video Pendidikan bertaraf dunia menerusi penerapan nilai-nilai murni menggunakan teknik video

Misi
Untuk menerajui pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi yang kreatif sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.

Cogankata
Pendidikan Digital Untuk Semua (Digital Education for All)

Saluran Eduwebtv
EDUWEBTV merupakan Portal berasaskan kepada video pendidikan yang mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza. Terdapat 7 saluran - Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung.

Saluran Berita
• Video berkaitan aktiviti KPM
• 2 bahasa (Melayu dan Inggeris)
• Saluran berbentuk Berita dalam Pendidikan (News in Education) – aktiviti KPM, isu semasa pendidikan, polisi kerajaan dan program pendidikan di sekolah

Saluran Akademik
• Video berkaitan akademik seperti kursus ahli akademik dalam dan luar negara
• Guru dan Murid dapat mengalami pengalaman yang sama
• Pembakar semangat dan pencetus inspirasi

Saluran Rencan
• Rancangan khas – sebaran dan perkongsian maklumat
• Contoh – Pendidikan Teknik dan Vokasional
• Aktiviti pendidikan dan amalan-amalan terbaik

Saluran Wawancara
• Saluran video wawancara atau temubual bersama Personaliti Pendidikan yang berperanan mewarnai halatuju program dan agenda pendidikan negara
• Mengenali Personaliti Pendidikan
• Isu yang diwawancara sebagai panduan

Saluran TV Pendidikan
• Bahan P&P yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
• Rancangan berasaskan kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah
• TV Pendidikan secara atas talian
• Matapelajaran – Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Sejarah.

Saluran Interaktif
• Video program utama KPM seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
• Pembestarian Sekolah

Saluran Siaran Langsung
• Rakaman siaran langsung program anjuran KPM
• Contoh – Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008

Jenis Pengguna
• Pentadbir Sistem
• Pengguna Akhir
– Orang Awam
– Guru
– Murid

Keperluan Asas
• Pelayar Web – Internet Explorer (6 dan ke atas)
• Windows Media Player (9 dan ke atas)
• Saiz paparan – 1024 x 768 ‘pixel’
• Sistem Pengoperasian – Windows 98


MEJA BANTUAN EDUWEBTV
(HELPDESK)
• Talian Bebas Tol (1-300-88-9325)
• E-mel (helpdesk@eduwebtv.com)
• Faksimile (03 8949 5843)

0 comments: