Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Selasa, 3 Ogos 2010

Kempori 30 tahun SMKJP


Kempori 30 tahun SMK Jengka Pusat telah diadakan seperti yang dijadualkan. Kempori yang diadakan sempena menyambut ulang tahun ke 30 penubuhan pergerakan pengakap di SMK  Jengka Pusat. Kempori ini turut disetai oleh pasukan dari SK Ulu Jempol dan SMK Jengka Pusat 2 dengan kekuatan seramai 150 orang.

Disamping itu perjumpaan alumni pengakap SMK  Jengka Pusat turut diadakan dan mendapat sambutan.

Kempori ini mendapat kerjasama dari Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka yang turut menyampaikan sijil pelantikan dan penghargaan kepada mereka yang tela berjasa kepada pergerakan pengakap di Jengka. Berikut adalah urutan perjalanan kempori.