Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Khamis, 23 September 2010

Program Solat Hajat Perdana dan Majlis Restu Ilmu

Program Solat Hajat Perdana dan Majlis Restu Ilmu akan diadakan pada 30 September 2010 bertempat di Dewan Al Falah SMK Jengka Pusat. Ibu Bapa pelajar yang menduduki peperiksaan tahun ini dijemput hadir. Tetamu jemputan adalah YB Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato Hj. Ismail bin Mohd Said.

Majlis bermula seawal jam 7.00 malam. Tentatif program adalah seperti berikut

6.45 - 7.00 mlm   - Kehadiran Penjaga/ Jemputan
7.20 mlm             - Solat Maghrib
7.35 mlm             - Tazkirah YB Ahli Parlimen Kuala Krau
8.40 mlm             - Solat Isyak
                           - Solat Hajat
                           - Ucapan wakil pelajar
                           - Ucapan wakil penjaga
                           - Ucapan wakil Guru
                           - Penyampaian Anugerah Berbintang Pengetua
                           - Majlis Penyampaian cenderamata
                           - Majlis bersalaman
                           - Jamuan

0 comments: